课外活动简介 Maklumat Asas Kokurikulum

         课外活动是促进学生全面发展和身心健康的一条重要途径。本校的办校宗旨是学业成绩与课外活动并重。各项活动除了有个别的老师负责外,本校在家教协会的资助下也礼聘了教练及导师们到来协助。
         本校的课外活动可分为三大类,那就是“制服团体”,其中包括红新月会,男女幼童军,合唱团,敲击乐队等。“学会”方面既有华语学会,科学学会,图书学会,舞蹈学会,弈棋学会等。“体育活动”则有乒乓队,篮球队,羽球队等。
         除了以上三大类的活动,本校也在课余开办了书法班,美术班,语音班,珠心算班及跆拳道班。为了让学生增广见闻,本校每年也为五,六年级的同学举办了一些学生观光团及讲座会等
        上体育及制服团体活动可以锻炼学生服从纪律,培养互助及团体的精神,上学会活动如弈棋,歌咏的等不但能训练脑力也可陶治心情,让学生们在课余有正当消遣活动避免孩童误交损友,误入歧途。
         校方希望每一个同学都能从他们参加的课外活动里找到他们的兴趣,发挥他们的专长。因此校方希望家长们和校方合作无间,积极的送孩子们来上课外活动,别让孩子们‘翘课


            Aktiviti ko-kurikulum diadakan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan mental murid. Pihak sekolah amat mementingkan pencapaian akademik murid-murid dari segi akademik dan kokurikulum. Selain daripada guru penasihat persatuan, dengan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh PIBG, pihak sekolah telah mengupah jurulatih dan guru bertauliah untuk memberi bimbingan dan nasihat yang profesional dalam setiap aktiviti.
            
              Ko-kurikulum dibahagikan kepada 3 kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan permainan sukan. Persatuan sekolah terdiri daripada persatuan bahasa Cina, persatuan Sains dan Matematik, persatuan pusat sumber, persatuan tarian, persatuan Catur dan sebagainya. Permainan sukan pula ialah pasukan ping-pong, pasukan bola keranjang, pasukan badminton, olahraga dan sebagainya. Manakala unit beruniform yang ditubuhkan di sekolah ini terdiri daripada pasukan pengakap, persatuan bulan sabit merah dan persatuan koir sekolah.

            Selain daripada 3 jenis aktiviti di atas, sekolah juga telah mengadakan kelas kaligrafi, kelab seni lukisan, kelas taekwondo, kelas matematik olimpik yang dikenakan bayaran berpatutan. Pihak sekolah juga menganjurkan beberapa lawatan sambil belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid sekolah.

          Penyertaan dalam kegiatan jasmani dan aktiviti unit beruniform mampu melatih murid-murid agar lebih berdisiplin serta memupuk semangat tolong-menolong dan berkemasyarakatan. Murid-murid yang menghadiri aktiviti persatuan seperti kelab catur dan koir boleh melatih kecerdasan otak dan menenangkan fikiran. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan murid daripada terjerumus dalam gejala negatif.

            Pihak sekolah berharap setiap pelajar SJK(C) Khe Beng boleh memupuk minat dan memperbaik prestasi pencapaian mereka dalam aktiviti yang disertai oleh mereka. Oleh itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menghantar anak-anak mereka menyertai kokurikulum secara aktif, jangan biarkan anak-anak ponteng kelas tanpa sebab.