校史 Sejarah Sekolah


巴生武吉肯文宁启明国民型华文小学简史资料室

本校位于巴生甘榜爪哇八英里(现称武吉肯文宁),毗邻为莎亚南的太子园及美佳园。
     
本校前身为一间私塾,创立于一九二九年初,开办时教职员仅两位,学生则只有二十名。当时全赖创办人颜德闻、颜珠闻、黄人清、黄人富、陈家燧、郑吹、李再传、黄季朝及黄怀中等几位本地热心人士的辛勤经营,才能在爪哇社早期的穷乡僻壤中存在至今。

本校原名为公立启明学校,在一九四一年日军南侵及一九四九年国内紧急状态动乱期间曾先后停办了两次。一九五九年间在一班热心先贤们的复办后,改名为启明标准型华文小学。当时由黄怀中担任董事长,配合新上任的周国栋校长,校务才稍有进展。

一九六二年,本校再度改名为启明国民型华文小学,这时曾在四十年代担任本校校长的黄金猛接任为董事长,并为本校贡献长达二十五年 。

八十年代中期,随着莎亚南的开辟及附近多个工业区的出现,学生人数已由一百人增加至三百多名,教室开始不足应用,本校董事会于一九八二年十月七日开会议决扩建校舍。过后召开董家教联席会议时,获得黄金猛献地半英亩,复获得建委会主席黄忠胜率先认捐五万元,建委会决定筹募五十万元以兴建一座三层楼校舍及一座多元用途礼堂及行政室。

两座三层楼校舍先后在一九八五年及八七年建竣启用,并由当时的房屋及地方政府部长黄俊杰主持开幕。黄部长亦为本校校友之一。

一九八六年初,周国栋校长荣休,黄连杰校长接任,因校舍不敷应用,因此继续再为第二期校舍筹募建校基金。次年杪,黄连杰校长调升,教育局委派王冠平校长接任,因学校升格为“B”型,王校长在本校的服务期限极短就被调走,由原校资深教师黄稳全暂代校长职。黄代校长在这段期间曾尽力改善学校的设施及行政组织,一直到同年七月中旬教育局委派申玉堂校长接任,当时学生人数已增至六百余名。

一九九零年,因莎亚南区学生继续大量的涌入就读,原有教室再度宣告爆满,当时申玉堂校长曾向建委会建议扩建新校舍,但扩建计划因经费不足无法在短期内落实,1992年,因此校方被迫暂辟用礼堂一角作为临时课室,以容纳骤增的学生。

这年初,本校建委会在教室缺乏的情况下,再度积极筹建第三座四层楼新校舍。是年六月中旬,通过南洋商报十大歌星义演共筹获了三十万元,莎亚南太子园的小贩们举行义卖共筹得了三万余元,已故董事长黄怀中也嘱咐哲嗣将生平部分积蓄捐献给学校。后来莎亚南仪记酒楼也在周年纪念时捐献六十五桌餐席而筹得了五万余元,此外建委会主席黄忠胜也率领三机构的代表谒见副教育部长冯镇安博士要求拨款,获得五万元.

一九九三年四月初,第三期新校舍动工兴建,新校舍楼下为食堂,楼上则有一间资料中心室,一间电脑室和六间新教室。新校舍于是年年杪建竣启用,校舍虽然完成,但还得继续筹款,作为添置设备。九四年五月州议员补选时,邮电部长拿督三美维鲁莅访,对本校能收纳六十多位印裔学生就读,大表赞扬,当场拨出三万元作为添购电脑及维修和粉刷旧校舍用途。

一九九四年九月九日,我国副教育部长拿督冯镇安博士为新校舍落成主持开幕,仪式隆重。
       
本校因学生人数日增,于一九九四年升格为“A 学校,一九九六年学生人数约一千二百人,已接近饱和点。因校地只有零点九八英亩,已没有发展的空间,这是本校发展的一大隐忧。

申玉堂校长于一九九二年终荣休,一九九三年教育局委派郑乾进校长掌校,学校各方面的设施,大为改进,校务蒸蒸日上。他配合三机构的合作,校内又得到诸位副校长及全体教职员的协助下,多项计划都能顺利完成。

郑校长于一九九六年杪退休后,次年正月十六日由柯秀蓉校长接任。柯校长把办学重点放在素质教育上,迈向精明学校的目标。为了配合政府的多媒体超级走廊计划,校方得到董事部及家长教师协会的资助,使全校学生有机会学习电脑课。校方尽量营造一个充满爱心的学习环境,让莘莘学子在温馨的校园里发挥所长;同时也推展多项活动,以提升学生们各方面的进展。

柯校长于2004年荣休,于同年316日教育局委派方良妹校长接任。方校长获得董事部家教协会及校友会全力支持下,除了于20041031日举办了75周年校庆千人宴外,也于20061029日举办食堂日以筹募基金,为学校建筑物进行粉刷工作,逐步改善学校软硬体设备。启明华小在校方及三机构努力申请下,于2005年获得教育部拨款2万令吉以更换行政楼旧有的建筑电源线路,并于20094月再次拨款10万令吉,以维修学校篱笆课室门及部分课室地面,进而协助提升校内应提设备。

在方良妹校长的掌校下,校方都不断努力地营造一个充满爱心的学习环境,让莘莘学子能在温馨的校园里发挥所长;同时也推展多项活动,以提升学生们多方面的才华,学生在多项比赛中都有不俗的表现。

学校三机构于2009117日举办了《情系启明80周年》校庆以筹募维修经费,并邀请到本国卫生部长拿督斯里廖中莱作为开幕嘉宾,部长当场宣布拨款5万令吉给董事部。过后,三机构利用所筹得的款项维修老师办公室学校礼堂,及为校园四周铺上沥青,改善学习环境。于2011开学年,在三机构及校方大力支持及认同下,学校全面推行数码课室教学及学校行政系统以惠及学生,将学校推向另一个领域。

2011年初掌校六年余的方校长被雪州教育厅调升至八打灵县蒂沙再也华小()校去掌校, 而启明华小校长一职就由资深卓越的杨凤玲AMN,PJK校长接任担任了30年劳苦功高的黄俊明董事长亦在今年卸任并将申请新校地和迁校的大计划交由拿督黄忠胜DSSA先生执行处理此项计划极需天时地利人和的配合, 期望校方与董家协可以同心合力, 凝聚众人的力量与志向实践新理想

 
在2014年,陈少强校长接任成为启明华小校长,发扬以关怀学生的福利为重的精神。启明华小的新校舍在2015年9月8日举行动土礼,并三大机构,教师们,家长们和学生们的合作下在2017年6月13日正式启用。

(2017年7月7日修订)



SEJARAH SEKOLAH


            SJK(C) KHE BENG pada mulanya merupakan sebuah sekolah pondok yang ditubuhkan pada awal tahun 1929. Pada masa itu, hanya ada dua orang guru dan 20 orang murid. Pertubuhan sekolah ini adalah atas usaha beberapa orang tempatan.
            
     Sekolah Persendirian Khe Beng nama asas sekolah ini pernah ditutup pada tahun 1941 waktu pemerintahan tentera Jepun dan pada tahun 1949 waktu darurat. Ia ditubuh semula pada tahun 1959 dan diberi nama Sekolah Rendah Jenis Standard (China) Khe Beng. Pengerusi Lembaga sekolah pada masa itu ialah Encik Ng Huai Tiong dan Guru Besarnya ialah Encik Chew Kok Tong.
            
            Pada tahun 1962, pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak dimulakan. Sekolah ini ditukarkan nama kepada SRJK(C) Khe Beng. Pegerusi Lembaga Sekolah pada masa itu ialah Encik Ng Kim Beng. Beliau telah berbakti kepada sekolah ini selama 25 tahun.
            
            Pada tahun 80an, pembangunan pesat di Bandar Shah Alam dan Hicom menyebabkan enrolmen murid bertambah dari seratus ke tiga ratus ke atas. Pada 7 hb Oktober 1982, Lembaga Sekolah bermesyuarat mencari jalan untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Satu Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah ditubuhkan. Encik Ng Kim Beng menderma ½ ekar tanah untuk tapak pembinaan bangunan sekolah. Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah Encik Ng Tiong Seng menderma RM50,000 dan kempen kutipan derma sebanyak RM500,000 diadakan. Tujuan kempen ini ialah untuk membina sebuah dewan serbaguna dan sebuah bangunan 3 tingkat serta bilik pejabat.
           
            Dua bangunan 3 tingkat siap dibina pada tahun 1985 dan tahun 1987. Timbalan Menteri Pendidikan Encik Ng Cheng Kiat merasmikan bangunan sekolah tersebut. Beliau merupakan bekas murid sekolah ini.

            Pada tahun 1986, Guru Besar Encik Chew Kok Tong bersara, tempatnya diambil alih oleh Encik Eng Lian Keat. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, projek pembinaan sekolah peringkat ke 2 dilancarkan. Selepas setahun Encik Eng Lian Keat dinaik pangkat, Encik Wong Kuan Feng mengganti tempatnya. Oleh kerana sekolah ini dikategori ke jenis B, Encik Wong ditukarkan ke sekolah lain. Encik Ng boon Chuan menjadi pemangku Guru Besar. Ketika itu, segala kemudahan sekolah diperlengkapkan. Pada bulan Jun, Encik Shin Yuk Thong dilantik ke sekolah ini. Enrolmen murid pada masa itu sudah mencapai 600 ke atas.
           
            Pada tahun 1990, bilangan murid dari Shah Alam bertambah secara mendadak menyebabkan bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi. Dalam jangka masa yang pendek, dewan digunakan sebagai bilik darjah sementara.
           
            Pada awal tahun 1992, Jawatan kuasa Pembinaan Sekolah sekali lagi berusaha mengutip derma untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat. Dengan kerjasama daripada semua pihak, wang sebanyak RM300,000 dapat dikutip melalui tajaan Nan Yang Siang Pau. Para penjaja Taman Sri Muda berjaya mengutip derma sebanyak RM30,000 dengan jualan barangan mereka. Mendiang Encik Ng Kuai Tiong menderma wang simpanannya. Retoran Yee Kee (Shah Alam) Sdn Bhd berjaya mengumpul RM50,000. Selain daripada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah Encik Ng Tiong Seng mengetuai rombongan berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Encik Fong Chan Onn berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.
            
            Pada awal bulan April 1993, projek pembinaan sekolah peringkat ke 3 dilancarkan. Dalam bangunan ini terdapat sebuah kantin, sebuah bilik pusat sumber, sebuah bilik komputer dan 6 buah bilik darjah. Oleh kerana pembinaan bangunan sekolah memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500,000, maka kempen mengutip derma diteruskan bagi menambahkan kelengkapan dalam bangunan.
            
            Pada bulan Mei 1994, Menteri Tenaga dan Pos, Datuk Samy Vellu melawat ke sekolah ini dan memberi peruntukan sebanyak RM30,000.
            
            Pada 9 hb September 1994, Timbalan Menteri Pendidikan Encik Fong Chan Onn dijemput untuk merasmikan bangunan 4 tingkat itu. Pada tahun 1994, sekolah ini dikategori ke jenis A dengan bilangan murid seramai 1200 orang. Guru Besar Pada masa itu ialah Encik Ting Chan Bing. Tapak sekolah seluas 0.98 ekar telah digunakan dengan sepenuhnya.
            
            Guru besar Encik Ting Chan Bing telah bersara pada tahun 1996 dan digantikan oleh Guru Besar Pn. Quah Siew Jong. Bilangan murid yang semakin bertambah telah meyebabkan kekurangan bilik darjah lagi. Pada tahun 1998 Lembaga sekolah telah memperluaskan dewan sekolah yang sedia ada dan membina tiga buah bilik darjah. Projek ini telah disiapkan pada tahun 1999.
            
            Guru Besar Pn. Quah Siew Jong telah bersara pada bulan Feb 2004 dan digantikan oleh Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi yang melaporkan diri pada 16 Mac 2004. Pn. Hong telah memperolehi sokongan yang sepenuhnya dari 3 badan sekolah dan berjaya mengadakan sambutan Ulang Tahun Sekolah yang ke 75 pada 31.10.2004 serta menganjurkan Hari Kantin pada 29.10.2006 untuk mendapat dana mengecat bangunan sekolah di samping menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan sekolah demi kebajikan murid.
            
             Pada tahun 2005, pihak sekolah mendapat peruntukkan sebanyak RM 20 000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaiktaraf bekalan elektrik sekolah dan bantuan modal sebanyak RM 100 000.00 pada April tahun 2009 untuk membaiki pagar sekolah, lantai dan pintu bilik darjah.
            
             Di bawah kepimpinan Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi, pihak sekolah telah mewujudkan sekolah penyayang dan menggalakkan perkembangan ke atas bakat murid sehingga sekolah memperolehi banyak pencapaian yang cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
            
              Pada 7.11.2009, dengan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid sekolah, sambutan Ulang Tahun Sekolah Ke 80 telah berjaya diadakan dengan kehadiran tetamu khas undangan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Seri Liow Tiong Lai, SSAP,DIMP, SMP sebagai perasmi majlis. Beliau telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 50 000.00 sebagai dana tambahan untuk menaiktarf bilik guru, dewan dan keliling kawasan sekolah.
            
              Pada hari pembukaan sekolah 2011, dengan sokongan sekolah, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid, sekolah menuju ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam ICT dengan wujudnya kelas-kelas digital yang dilancarkan secara luas ke semua bilik darjah  dan mengamalkan sistem pengurusan sekolah yang berbentuk rangkaian, membawa sekolah ke era baru yang memberi manfaat kepada murid-murid dan sekolah.
Pada awal tahun 2011, Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi telah ditukarkan ke SJK(C) Desa Jaya 2, Bandar Sri Damansara dan diganti oleh Guru Besar Cik Yong Fong Leng, AMN, PJK. Cik Yong akan bekerjasama dengan Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG untuk pelaksanaan projek permohonan tapak baru dan membina bangunan baru.


              Pada tahun 2014, Guru Besar Cik Yong telah diganti oleh Guru Besar Encik Chan Siew Kheong sebagai guru besar SJKC Khe Beng, beliau memupuk semangat pentingkan kebajikan murid-murid. Tapak baru sekolah mengadakan Majilis Pecah Tanah pada 8 September 2015. Dengan kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid, tapak baru sekolah telah mula digunakan pada 13 Jun 2017.

Disediakan pada: 07.07.2017